Posts

1 Murid 1 Sukan 2018

Image
Program 1 Murid 1 Sukan ini telah diadakan pada 7 Januari 2018 di tapak permainan SMI Al-Masriyah. Program ini diadakan untuk mencungkil bakat-bakat pelajar dalam pelbagai aktiviti sukan seperti bola tampar, ping-pong, badminton, sepak takraw, bola jaring dan lain-lain. Program ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pelajar-pelajar Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5. Setiap permainan dikendalikan oleh guru-guru penasihat permainan. Dibawah adalah gambar-gambar sekitar aktiviti tersebut. Program ini dirasmikan oleh Pengetua SMI Al-Masriyah, Tuan Haji Zulkamal bin Abdullah dan berakhir pada jam 2:00 petang.